Wednesday, July 29, 2009

KEJOHANAN TERBUKA PERLIS

Pada 18-20 Julai 2009, Kelab Bola Baling UPSI telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan ke Kejohanan Bola Baling Terbuka Perlis.Tujuan kelab menghantar pasukan ke kejohanan ini adalah untuk memberi pengalaman kepada pemain-pemain baru terutamanya pemain dari semester satu untuk merasai suasana kejohanan. Pasukan lelaki berada di kumpulan B bersama-sama pasukan Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Manakala pasukan perempuan pula berada bersama pasukan Negeri Sembilan, Perak dan Kerian. Bagi pasukan perempuan, pasukan Upsi telah kalah di peringkat kumpulan apabila kalah ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan. Walaupun tewas pemain-pemain telah menunjukan permulaan yang bagus untuk menghadapi kejohanan di masa yang akan datang. Manakala bagi pasukan lelaki pula, Upsi telah berjaya mengalahkan pasukan Perak dan Negeri Sembilan dan layak ke pusingan kedua. Dalam pusingan kedua pasukan UPSI akan bertemu Kerian dan Sekolah Bukit Nanas (Terengganu). Perlawanan pertama pasukan lelaki bertemu pasukan Kerian dan tewas, manakala perlawanan kedua pulak pasukan Upsi telah bertemu pasukan Sekolah Bukit Nanas dan telah berjaya memenangi perlawanan itu. Namun begitu, pasukan UPSI telah gagal ke peringkat separuh akhir apabila pasukan Sekolah Bukit nanas berjaya mengalahkan pasukan Kerian.
Walaupun gagal membawa pulang sebarang medal, pasukan lelaki dan wanita Upsi telah menunjukan semangat dan prestasi yang baik sepanjang kejohanan ini.

Click Here To View Video