Friday, October 21, 2011

Kejohanan Bola Baling Terbuka UPSI dan Jemputan ASEAN 2011

Pasukan Bola Baling Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF) akan menganjurkan Kejohanan Bola Baling Terbuka UPSI dan Jemputan ASEAN 2011.

Berikut merupakan maklumat kejohanan :

Tarikh : 18, 19 & 20 November 2011

Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad

Tempat : Gelanggang Bola Baling, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Yuran penyertaan : RM 200.00 setiap pasukan

Tarikh tutup

penyertaan : 28 Oktober 2011


sebarang pertanyaan boleh melalui upsihandball@gmail.com

Thursday, April 22, 2010

Latihan MASUM

Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan berlansung pada pertengahan bulan Mei 2010 yang mana bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Turun sebagai status Johan Lelaki dan Naib Johan Perempuan, kelab telah mula menjalankan latihan pada setiap hari untuk memastikan pasukan bersedia untuk menggalas tugas berat di USIM. Pemilihan untuk pemain akan dibuat dalam masa terdekat bagi memastikan latihan untuk pasukan dapat di jalankan dengan licin dan berterusan.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Malaysia 2010

Bermula 28 Mac Kejohanan Bola Baling Terbuka Malaysia 2010 membuka tirai. Bertempat di gelanggang tingkat 2 OCM, pasukan UPSI telah menghantar kategori lelaki bagi kejohanan ini. Tujuan kelab menghantar pasukan ke kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua pemain2 yg mana lbh ramau pemain baru.Perlawanan pada

28 Mac : 1) UPSI VS SMK Agama = Menang
2) UPSI VS UITM = 8-9

4 April : 1) UPSI VS UM = 9-10
2) UPSI VS HOISAN = 10-13

25 April: 1) UPSI VS CEMPAKA =
2) UPSI VS UKM =

Wednesday, July 29, 2009

KEJOHANAN TERBUKA PERLIS

Pada 18-20 Julai 2009, Kelab Bola Baling UPSI telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan ke Kejohanan Bola Baling Terbuka Perlis.Tujuan kelab menghantar pasukan ke kejohanan ini adalah untuk memberi pengalaman kepada pemain-pemain baru terutamanya pemain dari semester satu untuk merasai suasana kejohanan. Pasukan lelaki berada di kumpulan B bersama-sama pasukan Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Manakala pasukan perempuan pula berada bersama pasukan Negeri Sembilan, Perak dan Kerian. Bagi pasukan perempuan, pasukan Upsi telah kalah di peringkat kumpulan apabila kalah ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan. Walaupun tewas pemain-pemain telah menunjukan permulaan yang bagus untuk menghadapi kejohanan di masa yang akan datang. Manakala bagi pasukan lelaki pula, Upsi telah berjaya mengalahkan pasukan Perak dan Negeri Sembilan dan layak ke pusingan kedua. Dalam pusingan kedua pasukan UPSI akan bertemu Kerian dan Sekolah Bukit Nanas (Terengganu). Perlawanan pertama pasukan lelaki bertemu pasukan Kerian dan tewas, manakala perlawanan kedua pulak pasukan Upsi telah bertemu pasukan Sekolah Bukit Nanas dan telah berjaya memenangi perlawanan itu. Namun begitu, pasukan UPSI telah gagal ke peringkat separuh akhir apabila pasukan Sekolah Bukit nanas berjaya mengalahkan pasukan Kerian.
Walaupun gagal membawa pulang sebarang medal, pasukan lelaki dan wanita Upsi telah menunjukan semangat dan prestasi yang baik sepanjang kejohanan ini.

Click Here To View Video

Tuesday, July 14, 2009

Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2009

Pada tahun 2009, Kejohanan Sukan Masum telah dilansungkan di UUM, Sintok Kedah. Pasukan Lelaki dan Wanita Bola Baling UPSI telah dihantar untuk menyertai kejohanan ini.
Bagi tahun ini pasukan lelaki telah diletakan di dalam kumpulan B bersama-sama UTM dan UMP. Pasukan Lelaki UPSI telah berjaya menewaskan kedua-dua pasukan dan layak ke Suku Akhir sebagai Johan Kumpulan. Diperingkat suku akhir, Pasukan Lelaki UPSI telah bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu UUM. Setelah tamat perlawanan peringkat suku akhir pasukan upsi berjaya ke peringkat Separuh Akhir dan akan bertemu Pasukan UPM iaitu naib johan pada tahun lepas. Diperingkat separuh akhir ini Pasukan UPSI telah berjaya melakukan kejutan dan mencipta sejarah dimana buat pertama kalinya layak ke peringkat Akhir dengan menewaskan pasukan UPM. Perlawanan peringkat Akhir bermula dengan pertemuan Pasukan UPSI bertemu Pasukan UITM yang turun selaku juara bertahan. Pasukan Lelaki UPSI telah melakukan sekali lagi kejutan dengan menewaskan pasukan UITM dengan jaringan 8-7 dan sekaligus muncul sebagai JOHAN Bola Baling bagi tahun 2009.
Pasukan Perempuan UPSI pula turun selaku Naib Johan tahun lepas berada sekumpulan dengan UKM dan UMP. Pasukan UPSI layak ke peringkat Suku Akhir selaku Naib Johan kumpulan setelah tewas kepada UKM di peringkat kumpulan. Diperingkat Suku Akhir, Pasukan UPSI bertemu dengan Pasukan UITM, Pasukan UPSI layak ke peringkat Separuh Akhir setelah menewaskan Pasukan UITM dan akan bertemu Pasukan UM selaku Johan pada tahun lepas. Di peringkat Separuh Akhir pasukan UPSI berjaya layak ke peringkat akhir dan bertemu dengan pasukan UKM. Di peringkat akhir perlawana berlansung sengit dan pasukan UKM telah berjaya menewaskan Pasukan UPSI dan muncul sebagai Johan dan Pasukan UPSI muncul sebagai NAIB JOHAN.

Click For View Image

Wednesday, January 21, 2009

Kejohan Bola Baling Anjuran Kelab Bola Baling UPSI

Pada semester ini, terdapat beberapa kejohanan yang akan dianjurkan oleh Kelab Bola Baling Upsi.
Antara kejohanan yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini adalah Kejohanan Bola Baling Terbuka Malaysia yang mana akan diadakan pada bulan Februari bertempat di UPSI. Semua Kelab, Negeri, IPTA, Politeknik dan Sekolah dijemput untuk menyertai kejohanan ini. Berikut adalah butiran mengenai kejohanan :

Kategori : Terbuka Lelaki dan Wanita

Tarikh : 20 - 22 Februari 2009
: 20 (Jumaat) - Pendafatran Pasukan di Gimnasium UPSI
: 21-22 (Perlawanan Peringkat Kumpulan Hingga Akhir)

Yuran Penyertaan : RM100 Satu Pasukan

Penginapan : RM4 Satu Malam Untuk Seorang

Hadiah :
JOHAN = RM500
N.JOHAN = RM300
KETIGA = RM100

Untuk Sebarang Pertanyaan Hubungi :

Fahmi : 012-5264774
Ocha : 017-3912391

Borang Penyertaan:
Surat Jemputan
Borang Pasukan Lelaki
Borang Pasukan Wanita

Pengambilan Ahli Kelab dan Pemain Baru

Pada semester sesi 1 09/10, Kelab Bola Baling UPSI memerlukan ahli-ahli baru untuk memperkembangkan lagi kelab ini. Selain menjadi ahli kelab, sesiapa yang menyertai kelab ini juga berpeluang untuk menyertai sesi latihan dan pemilihan bagi menjadi pemain dan pengurus pasukan bagi kejohanan-kejohanan yang disertai oleh pasukan UPSI terutamanya acara bola baling untuk ke sukan MASUM yang akan berlangsung sekitar bulan 5 pada tahun ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi atau sms:

Ikbal : 0127991063
Khairul : 017-9121457
Azura : 017-3183074

Wednesday, October 22, 2008

Kejohanan Bola Baling Pantai

Persatuan Bola Baling Malaysia akan mengadakan satu kejohanan bola baling pantai dimana Kelab Bola Baling UPSI telah dijemput untuk menyertainya. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyertai sesi pemilihan yang akan diadakan pada malam latihan. Kejohanan ini berbeza daripada kejohanan biasa dimana hanya 5 orang pemain sahaja akan bermain. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyertai sesi pemilihan tersebut.

Berikut Butiran Kejohanan :

Tarikh Kejohanan : 31 Oktober 2008 bersamaan hari Jumaat
Bertempat di : Bukit Jalil

Wednesday, September 17, 2008

Latihan Bagi Kelab Bola Baling Upsi

Kelab Boling Baling Upsi telah memulakan sesi latihan bagi menghadapi beberapa kejohan termasuklah persiapan untuk Kejohanan Masum 2009. Kami menjemput sesiapa yang berminat untuk menjalani latihan dan berminat untuk bermain bagi pasukan bola baling upsi.

Maklumat Latihan : Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Masa : 8.30 - 11.00 malam
Tempat : Gelanggang Bola Baling