Tuesday, July 14, 2009

Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2009

Pada tahun 2009, Kejohanan Sukan Masum telah dilansungkan di UUM, Sintok Kedah. Pasukan Lelaki dan Wanita Bola Baling UPSI telah dihantar untuk menyertai kejohanan ini.
Bagi tahun ini pasukan lelaki telah diletakan di dalam kumpulan B bersama-sama UTM dan UMP. Pasukan Lelaki UPSI telah berjaya menewaskan kedua-dua pasukan dan layak ke Suku Akhir sebagai Johan Kumpulan. Diperingkat suku akhir, Pasukan Lelaki UPSI telah bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu UUM. Setelah tamat perlawanan peringkat suku akhir pasukan upsi berjaya ke peringkat Separuh Akhir dan akan bertemu Pasukan UPM iaitu naib johan pada tahun lepas. Diperingkat separuh akhir ini Pasukan UPSI telah berjaya melakukan kejutan dan mencipta sejarah dimana buat pertama kalinya layak ke peringkat Akhir dengan menewaskan pasukan UPM. Perlawanan peringkat Akhir bermula dengan pertemuan Pasukan UPSI bertemu Pasukan UITM yang turun selaku juara bertahan. Pasukan Lelaki UPSI telah melakukan sekali lagi kejutan dengan menewaskan pasukan UITM dengan jaringan 8-7 dan sekaligus muncul sebagai JOHAN Bola Baling bagi tahun 2009.
Pasukan Perempuan UPSI pula turun selaku Naib Johan tahun lepas berada sekumpulan dengan UKM dan UMP. Pasukan UPSI layak ke peringkat Suku Akhir selaku Naib Johan kumpulan setelah tewas kepada UKM di peringkat kumpulan. Diperingkat Suku Akhir, Pasukan UPSI bertemu dengan Pasukan UITM, Pasukan UPSI layak ke peringkat Separuh Akhir setelah menewaskan Pasukan UITM dan akan bertemu Pasukan UM selaku Johan pada tahun lepas. Di peringkat Separuh Akhir pasukan UPSI berjaya layak ke peringkat akhir dan bertemu dengan pasukan UKM. Di peringkat akhir perlawana berlansung sengit dan pasukan UKM telah berjaya menewaskan Pasukan UPSI dan muncul sebagai Johan dan Pasukan UPSI muncul sebagai NAIB JOHAN.

Click For View Image

1 comment:

ladybird86 said...

hey..p'betulan..bukan final ngn UKM..final ngn UTM..tq